Kamis, 19 Juni 2008

WARKAH BUAT PELAWAT

Warkah Buat Pelawat

Assalamualaikum wbt

Ucapan selamat ke atas semua pelawat senikehidupan(dot)com. Semoga berada dalam keadaan iman. akal dan fizikal yang terbaik.

Mungkin ada yang tahu, mungkin juga tiada yang tahu. Website kami telah diserang, atau dihack oleh seseorang (atau lebih dari seorang!). Tujuan mereka, kami tidak pasti, tapi alhamdulilah, atas kebijaksanaan beberapa programmer kami, masalah ini berjaya kami selesaikan.

Secara tidak sedar, sudah hampir dua tahun website ini ditubuhkan. Bermula dengan permulaan yang kecil di blogspot, sehingga kami berjaya mendapatkan domain name kami yang tersendiri. Perjalanan kami penuh dengan onak duri, halangan-halangan yang bermacam-macam (seperti kena hack!), tapi kami pasti semuanya merupakan ujian dari Allah SWT untuk melihat samada kami teguh di jalan Allah.

Alang-alang, kami akan berikan 4 tips keteguhan yang perlu kita tanamkan di dalam jiwa semasa menghadapi cubaan:

(1) Segala sesuatu dan urusan berada di tangan Allah SWT

(2) Yakin bahawa agama Allah pasti menang

(3) Hal yang Anda perlukan dalam menghadapi cubaan adalah keteguhan dalam taat kepada Allah

(4) Persaudaraan (ukhwah) adalah prinsip Islam.

Sekian sahaja warkah dari kami. Kami amat berharap sesiapa yang telah menceroboh masuk website kami akan bertaubat, malah mungkin membantu kami menaikkan nama SeniKehidupan di dalam dunia digital ini.

bit taufiq wan najah

team kebaikan